Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah
Buku Teks Sejarah KBSM Ting. 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting. 5
PANDUAN PENTAKSIRAN SEJARAH SPM KERTAS 3
CONTOH SOALAN SEJARAH TINGKATAN 4 KERTAS 3
PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 2012
SOALAN KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 2012
CONTOH KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 2012
Kewajaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
Oleh J. SHAM WAHID dan Rohaidah Mashudi
Apabila mula-mula diperkenalkan pada dekad 1960-an, kempen ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut dan diwarnai dengan pelbagai kegiatan bahasa. Perubahan demi perubahan dilalui dalam menyambut kempen ini, malah pengisian dalam sambutannya juga semakin bertambah. Demi meneruskan tradisi, maka kempen ini diteruskan pada setiap tahun, malah dengan nama yang ditukar kepada Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada 2009. Sebelum 2009, telah ada program pemerkasaan bahasa dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), lanjutan daripada minggu sastera. Dengan mempunyai beberapa tujuan utama, BBK digerakkan ke seluruh Malaysia menerusi kegiatan bahasa yang dijalankan. Namun, sejauh manakah masyarakat memahami tujuan BBK. Jadi, wajar untuk meneliti tujuan utama BBK, iaitu; • Memantapkan, memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa. Seharusnya tinjauan dapat dilakukan oleh pihak tertentu dalam mendapatkan maklum balas kepada sambutan BBK ini. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan bulan Oktober sebagai BBK mulai 2009, sewajarnya semua pihak membuat perancangan rapi untuk sama-sama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam menjayakan kempen ini. Selaras dengan konsep Satu Malaysia, maka pada Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Yassin menyempurnakan BBK 2010 dengan tema “1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara”. Walaupun segala aktiviti bahasa yang melibatkan pelajar sekolah, pihak kerajaan, swasta, dan orang awam, telah berjalan sebelum pelancaran kempen, keberkesanannya dapat dilihat hasil daripada gandingan semua pihak.
Telah diambil dari:http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=840